Lalat Askar Hitam (Black Soldier Fly) - Hermetia illucens


Apa itu "Black Soldier Fly - BSF"?.

Lalat askar hitam, atau Hermetia illucens adalah adalah serangga dari specis lalat yang terbang bebas diluar kawasan rumah. Lalat ini akan menghasilkan  larva atau ulat yang biasa terdapat dalam timbunan sampah atau kompos. Larva juga kadang-kadang ditemui dalam bangkai, buah-buahan busuk dan timbunan lebihan dapur. Ianya mempunyai potensi yang besar untuk digunakan dalam entomologi forensik.
Black Soldier Fly Larva (BSFL) boleh digunakan dalam pembuatan baja, mengawal lalat rumah dan pengurangan dalam jumlah baja. Larva matang dan prepupae dihasilkan  dalam operasi pengurusan baja dan juga boleh digunakan sebagai tambahan kepada  makanan haiwanLarva dijual sebagai makanan untuk pemilik herptiles dan ikan tropika, atau seperti kompos ulat. Larva menyimpan tahap kalsium untuk pertumbuhan dan  memberi manfaat kepada herptiles





Lalat askar hitam yang dewasa hidup dalam jangka hayat yang singkat hanya untuk bertemu pasangannya bagi menghasilkan telur. Bagi setiap lalat  betina mampu menyimpan telur sebanyak 500 biji. Dari telur akan terhasil larva atau ulat yang akan membesar dan memakan bangkai, bahan-bahan buangan sampah dan sisa-sisa makanan.

Lalat dewasa tidak mempunyai mulut dan tidak membawa sebarang penyakit kepada manusia.

Kitaran Hidup 

Telur yang terhasil dari lalat ini mengambil masa lebih kurang 1 hingga 4 hari untuk menetas dan akan berada dicelah-celah atau dipermukaan sisa-sisa buangan makanan, bangkai atau sampah-sampah. Larva atau ulat ini boleh hidup beberapa minggu dalam suhu bilik . Terdapat belbagai saiz dari   1/8-3/4 inci (3 -19 mm). Manakala bagi yang dewasa saiz nya adalah  5/8 inci (16 mm). Jangka hayat bagi lalat dewasa adalah antara 5-8 hari sahaja.

Faedah Kepada Kehidupan

Tuhan telah mencipta sistem ekologi yang cukup lengkap dalam kehidupan kita, tapi disebabkan kerakusan tangan manusia yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan keuntungan maka banyak sistem ekologi kita telah terganggu dan dimusnahkan dengan sewenang-sewenang tanpa memikirkan kehidupan makhluk tuhan yang lain.

Lalat Askar Hitam atau Black Soldier Fly (BSF)  yang jarang-jarang  manusia  mengetahui atau mungkin kenal tapi tidak tahu akan keperluan kehidupan serangga ini kepada kehidupan kita. Larva atau ulat yang terhasil dari lalat ini amat bergunakan dalam menukarkan  bahan-bahan buangan kepada bahan yang berguna untuk makanan haiwan. Larva atau ulat itu sendiri boleh menjadi bahan makanan terus kepada haiwan peliharaan seperti ayam, itik, ikan, babi dan juga anjng.

Pengurusan Bahan-bahan buangan (Waste Management)

Serangga memainkan peranan penting dalam proses kitar semula pelbagai bentuk bahan-bahan buangan dan nutrien lain dalam alam sekitar. Serangga dari jenis Lalat Askar Hitam adalah salah satu keadah yang boleh digunakan dalam pengurusan sisa-sisa terbuang dimana penggunaan keadah ini jarang dipraktik dengan meluas. Kajian tambahan  secara terperinci adalah diperlukan dalam penggunaan lalat askar hitam sekiranya diusahakan secara komersial. Potensi penggunaan lalat askar hitam dalam pengurusan sisa-sisa buangan amat tinggi terutama dalam penghasilan makanan kepada haiwan peliharaan.

Larva atau ulat  yang terhasil dari lalat askar hitam ini mengandungi kandungan 42% protin, 35% lemak  (Sheppard et al.,1994) , dimana kandungan protin yang tinggi ini berpotensi menjadikan makanan haiwan yang bertenaga tinggi. Larva BSF tidak merbahaya kepada kehidupan manusia dan makanan serta  tidak membawa sebarang penyakit (Furman et al. 1959). Lalat dewasa tidak perlukan makanan, cukup dengan lemak yang tersimpan semasa peringkat larva.





3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hello
    Im master student in malaysia. I want to do search about BSFL on broiler diet.can you help me

    ReplyDelete